Abad ke-19 adalah titik tolak penting dalam sejarah Tanah Melayu bukan sahaja mengalami perubahan politik, tetapi juga perubahan sosial dan ekonomi. Perubahan politik telah membawa kepada perubahan sosial. Perkembangan perusahaan bijih timah dan getah telah membawa kepada kedatangan orang Cina dan India ke Tanah Melayu. Selain orang Cina dan India, terdapat satu lagi kumpulan imigran di Tanah Melayu iaitu orang Indonesia yang datang dari Kalimantan, Jawa, Sumatera, Sulawesi, Riau dan lain-lain Kepulauan Indonesia.
Selepas campur tangan British di negeri-negeri Melayu, kestabilan politik yang wujud membolehkan eksploitasi ekonomi dan politik sepenuhnya. Perkembangan perusahaan bijih timah dan getah telah menyebabkan kemasukan orang cina dan India secara beramai-ramai.
Faktor-faktor kewujudan masyarakat majmuk ialah kesengsaran sosial dan ekonomi di Negara asal. Hal ini, disebabkan pertambahan penduduk melebihi pertambahan hasil tanah pertanian menyebabkan hidup rakyat menderita. Oleh itu, mereka berhijrah mencari penghidupan baru. Dengan itu, Kerajaan Manchu mengenakan pelbagai cukai, petani terpaksa menjual tanah dan akhirnya mereka kehilangan tanah. Selain itu, bertambah sengsara , kerap kali berlaku bencana alam dan pengangguran berleluasa, menyebabkan mereka terpaksa cari pekerjaan di Tanah Melayu terutama orang cina bahagian Selatan. Di India, penduduk ramai tidak dapat menampung sumber makanan dengan itu hidup petani menderita, terpaksa jual tanah. Amalan sistem kasta penghalang kepada moboliti sosial dan ekonomi. Orang kasta rendah berhijrah ke Tanah Melayu.