Tuesday, 2 September 2014




POLITEKNIK PREMIER SULTAN SALAHUDDIN 
ABDUL AZIZ SHAH

Monday, 1 September 2014

SEJARAH DAN LATAR BELAKANG KEMUNCULAN MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA

JABATAN : JABATAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK     
                                             
PROGRAM : DIPLOMA KEJURUTERAAN ELEKTRONIK (KOMUNIKASI)

SESI : JUN/2014

NAMA PENSYARAH : Puan Masitah Binti Mohd Ali

NAMA AHLI

  • SITI RAFIDAH BINTI KAMALIN (08DEP14F1091)
  • MUHAMMAD IDZHAM SYAFIQ BIN YUSRI (08DEP14F1064)
  • NUR AININ NAJWA BINTI MUHAMMAD ZAHID (08DEP14F1058)
  • MUHAMAD SYAFIZZUAN BIN RAMLI (08DEP14F1010)
  • MOHD IRFANUDDIN BIN MUHAMMAD (08DEP14F1076)

PENGENALAN

Abad ke-19 adalah titik tolak penting dalam sejarah Tanah Melayu bukan sahaja mengalami perubahan politik, tetapi juga perubahan sosial dan ekonomi. Perubahan politik telah membawa kepada perubahan sosial. Perkembangan perusahaan bijih timah dan getah telah membawa kepada kedatangan orang Cina dan India ke Tanah Melayu. Selain orang Cina dan India, terdapat satu lagi kumpulan imigran di Tanah Melayu iaitu orang Indonesia yang datang dari Kalimantan, Jawa, Sumatera, Sulawesi, Riau dan lain-lain Kepulauan Indonesia.


    Selepas campur tangan British di negeri-negeri Melayu, kestabilan politik yang wujud membolehkan eksploitasi ekonomi dan politik sepenuhnya. Perkembangan perusahaan bijih timah dan getah telah menyebabkan kemasukan orang cina dan India secara beramai-ramai.

          Faktor-faktor kewujudan masyarakat majmuk ialah kesengsaran sosial dan ekonomi di Negara asal. Hal ini, disebabkan pertambahan penduduk melebihi pertambahan hasil tanah pertanian menyebabkan hidup rakyat menderita. Oleh itu, mereka berhijrah mencari penghidupan baru. Dengan itu, Kerajaan Manchu mengenakan pelbagai cukai, petani terpaksa menjual tanah dan akhirnya mereka kehilangan tanah. Selain itu, bertambah sengsara , kerap kali berlaku bencana alam dan pengangguran berleluasa, menyebabkan mereka terpaksa cari pekerjaan di Tanah Melayu terutama orang cina bahagian Selatan. Di India, penduduk ramai tidak dapat menampung sumber makanan dengan itu hidup petani menderita, terpaksa jual tanah. Amalan sistem kasta penghalang kepada moboliti sosial dan ekonomi. Orang kasta rendah berhijrah ke Tanah Melayu.

KEMUNCULAN MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA

           Malaysia pada hari ini didiami oleh pelbagai bangsa, kaum dan etnik dari Perlis hingga ke Sabah. Kepelbagaian kaum dan etnik inilah maka wujud pula kepelbagaian budaya, bahasa, agama dan adat resam. Corak masyarakat Malaysia seperti ini berlaku disebabkan oleh perubahan masa dan keadaan, seperti yang berlaku terhadap perubahan struktur politiknya. Sebelum abad ke-18 dan ke-19, masyarakat Malaysia tidak begini coraknya. Sebaliknya boleh dikatakan bahawa, semenanjung Tahan Melayu ketika itu didiami oleh orang Melayu dan Orang Asli bersama sebilangan kecil bangsa atau kaum lain. Tetapi kini coraknya telah berubah dan wujudlah pembentukan masayarakat majmuk.


TANAH MELAYU


1) ORANG CINA

        Sejak abad ke-15, orang Cina telah datang ke Tanah Melayu. Pembukaan Melaka dan hubungan perdagangan di antara Melaka dengan negara China menggalakkan kedatangan orang Cina. Penghijrahan orang Cina semakin bertambah menjelang awal abad ke-19. Orang Cina telah berhijrah ke Negeri-negeri Selat akibat perkembangan perdagangan di Pulau Pinang dan Singapura serta dasar pemerintahan British di Pulau Pinang dan Singapura yang longgar memudahkan lagi kemasukan imigran Cina. Orang Cina berhijrah ke Johor pada masa pemerintahan Temenggung Ibrahim (1825-1862) untuk membuka lading gambir dan lada hitam. Penghijrahan masuk orang Cina meningkat lagi pada pertengahan abad ke-19. Mereka berhijrah secara beramai-ramai untuk bekerja sebagai buruh di lombong bijih timah dan ladang lada hitam.

2) ORANG INDIA

Orang India datang ke Tanah Melayu sejak abad yang pertama. Mereka dipercayai datang sebagai pedagang. Pedagang-pedagang India ini menggelarkan Tanah Melayu sebagai Suvarnabumi atau Tanah Emas. Orang India hanya berhijrah secara beramai-ramai pada penghujung abad ke-19 dan awal abad ke-20 akibat perkembangan perusahaan getah yang telah meningkatkan keperluan tenaga buruh yang murah dan ramai. Pada awal abad ke-19, bilangan orang India yang berhijrah akibat pembukaan Pulau Pinang (1786) dan Singapura (1819). Selepas penubuhan Negeri-negeri Selat (1826), pihak British membawa masuk buruh-buruh dan banduan-banduan India untuk membina bangunan awam dan jalan raya di Negeri-negeri Selat. Keperluan buruh India meningkat berikutan perkembangan perusahaan getah. Hampir semua orang yang berhijrah masuk ke Tanah Melayu berasal dari India Selatan terutamanya dari wilayah Madras (Tamil Nadu) dan India Utara dari Punjab. 



TANAH BORNEO


1) SABAH



Sabah yang terletak di bahagian utara Borneo, iaitu kira-kira pada garis lintang 30 42′ ke utara dan garis bujur di antara 1150 20′ hingga 1190 15′ ke timur. Ia merupakan negeri yang kedua terbesar di Malaysia dengan keluasan kira-kira 73,620 kilometer persegi, bersempadan dengan Wilayah Kalimantan, Indonesia di sebelah selatan dan negeri Sarawak di sebelah barat-daya.


Pada awalnya negeri ini dihuni oleh daripada beberapa kumpulan suku kaum pribumi. Menurut klasifikasi awal yang diberikan oleh Syarikat Berpiagam Borneo Utara, penduduk peribumi asli Sabah (Borneo Utara) terdiri daripada kaum Dusun, Murut, Bisaya, Orang Sungai, Kwijau, Kedayaan, Idahan, Bajau, Brunei, Dayak, Suluk, dan lain-lain. Dusun dan Murut merupakan dua kumpulan kaum yang terbesar bilangannya. Mereka mewakili lebih kurang 50 peratus daripada jumlah penduduk Sabah dalam kurun masehi ke-19. Pada keseluruhannya penduduk peribumi merangkumi lebih kurang 80 peratus daripada penduduk Borneo Utara ketika itu. Namun tidak dapat dipastikan dengan tepat bila dan bagaimanakah kemunculan penduduk peribumi asli yang mula sekali menghuni pulau Borneo amnya. Ini kerana sebelum penjajahan kuasa-kuasa Barat, tidak wujud sejarah bertulis di kalangan kumpulan-kumpulan etnik di Borneo.


Kisah-kisah lalu mengenai pengalaman dan kehidupan mereka wujud dalam bentuk tradisi lisan yang disampaikan turun temurun hingga ke hari ini. Nenek moyang peribumi asli di Borneo dipercayai telah melalui beberapa siri migrasi sejak lebih kurang 20 ribu tahun yang lalu. Kedatangan dan pendudukan awal mereka adalah berlaku di kawasan-kawasan pantai dan tanah rendah. Lambat laun kemudian penempatan mereka mula tersebar ke kawasan-kawasan pedalaman. Kaum Dusun dipercayai berasal dan keturunan Cina, orang Murut berasal dari Annam di utara Burma, Bajau dari selatan Kepulauan Filipina dan Bisaya dari kalangan kaum Hiligayamon di Filipina dan kaum-kaum lain dari Kepulauan Cocos dan Maluku, Indonesia dan lain-lain


Pada waktu sebelum abad ke-6, kawasan yang kini dikenali sebagai Sabah, Brunei dan Sarawak adalah berpusat pada kerajaan Brunei dan kerajaan Brunei juga merupakan pusat perdagangan dengan China. Wilayah ini sebaliknya dipengaruhi oleh dua kuasa besar pada waktu itu, iaitu Sri Vijaya di Sumatra dan kemudian Majapahit di Jawa. Orang-orang Cina telah datang untuk membuat perdagangan dan hubungan diplomatik dengan Borneo Utara. Rekod Sejarah Brunei (Brunei Annals) telah merakamkan tentang penempatan mereka di kawasan Kinabatangan. Bukti-bukti Arkeologi iaitu seramik yang ditemui di Borneo Utara menunjukkan bahawa orang-orang Cina ada menjalankan perdagangan secara bertukar barang, antara seramik orang-orang Cina dengan rempah ratus dari penduduk tempatan.


Bagaimanapun, pada awal abad ke-15, Empayar Melaka di bawah pemerintahan Parameswara telah menyebarkan pengaruhnya dan seterusnya mengambil alih perdagangan Brunei. Perubahan ini menyebabkan agama Islam tersebar di wilayah Brunei oleh pedagangnya pada akhir abad ke-15. Kejatuhan Melaka ke tangan Portugis pada tahun 1511 telah menyebabkan Sultan Brunei mengambil alih kepimpinan Islam dari Melaka. Semasa pemerintahan Sultan Bolkiah, kerajaan Brunei telah memperluaskan pengaruhnya ke utara sehingga ke Luzon dan Sulu serta di sebelah selatan dan barat Borneo.



2) SARAWAK

Sarawak merupakan satu daripada dua negeri yang mendirikan Malaysia Timur. Sarawak adalah negeri yang terbesar di Malaysia.

Sarawak berada dalam kawasan tropika dengan iklim khatulistiwa yang panas dan lembap sepanjang tahun. Hutan Sarawak adalah sumber dan aset yang paling penting.

Sarawak mempunyai 11 bahagian keseluruhannya (Kuching, Sri Aman, Sibu, Miri, Limbang, Sarikei, Kapit, Kota Samarahan, Bintulu, Mukah dan Betong). Setiap bahagian ditadbir oleh seorang Residen dan dibahagikan kepada dua ke empat kawasan.

Sarawak dipisahkan sejauh 600Km dari Semenanjung Malaysia oleh Laut Cina Selatan di sebelah barat dan bersempadan dengan negeri Sabah di timur laut, kesultanan Brunei di utara dan Kalimantan, Indonesia di sebelah timur.


Bandar-bandar utama di negeri Sarawak adalah Kuching , Miri, Sibu , Bintulu , Sarikei , Sri Aman dan Limbang. Kini, Sarawak mempunyai dua buah bandar raya utama, iaitu Kuching dan Miri. Kuching telah diisytiharkan sebagai bandar raya pada 1 Ogos 1988 manakala Miri mendapat status bandar raya pada 20 Mei 2005.

FAKTOR-FAKTOR KEMUNCULAN MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA

1) Perkembangan pesat perusahaan bijih timah.


  • Perkembangan pesat bijih timah memerlukan buruh yang ramai dan British berhadapan dengan masalah tenaga buruh kerana orang Melayu hanya tertumpu pada kegiatan pertanian. Kawasan pengeluar bijih timah : Lembah Kinta ,Lukut, Klang, Sg Ujong. Bagi menarik kemasukan orang Cina, kerajaan British telah melakukan beberapa perkara : melonggarkan syarat kemasukan orang Cina ke Tanah Melayu, memberi jaminan keselamatan nyawa dan harta benda dan diberi kebebasan menjalankan kegiatan ekonomi masing-masing di bawah kawalan ketua masing-masing.


2) Perkembangan pesat perusahaan getah


  • Perusahaan getah berkembang menjelang abad ke 20 akibat perkembangan perusahaan automobil di Amerika Syarikat. Pembukaan ladang-ladang getah menyebabkan British memerlukan lebih banyak buruh India. British lebih berminat mengambil buruh India bekerja di ladang getah mereka disebabkan buruh India sanggup bekerja lebih lama, menerima gaji rendah dan mudah dikawal. Bermula 1857 hingga 1938 , buruh India datang ke Tanah Melayu melalui tiga cara iaitu : buruh kontrak, sistem kangani, buruh bebas. Masyarakat India telah membawa masuk budaya kehidupan mereka ke Tanah Melayu.

3) Dasar kerajaan British
  • Matlamat British adalah menguasai ekonomi Tanah Melayu melalui dasar pecah dan perintah. British tidak mahu orang Melayu diberi peluang luas dalam ekonomi moden kerana takut disingkirkan Kerajaan British membawa masuk orang Cina dan India bagi mencapai matlamat untuk mengimbangi kaum Melayu Masyarakat berbeza akan menyukarkan penduduk untuk bersatu dan bangkit menentang mereka.

4)  Lokasi pertempatan yang berasingan
  • Masyarakat pelbagai kaum mempunyai lokasi pertempatan berbeza dan terasing.Orang Melayu tinggal di kawasan luar bandar dan kampung. Orang Cina di kawasan perindustrian dan perlombongan bijih timah. Orang India tinggal di kawasan perladangan getah. Mereka hidup berasingan dan amat jarang berlaku perhubungan antara kaum.

5) Pengamalan budaya hidup tersendiri
  • Masyarakat Cina dan India mengamalkan budaya hidup mereka dari China dan India. Mereka telah menubuhkan pergerakan, persatuan bagi mempertahan dan melindungi amalan budaya mereka. Masyarakat berbilang kaum di Tanah Melayu jelas dengan pengamalan dan anutan agama yang berbeza dan dipertahankan iaitu orang Melayu beragama Islam, Cina beragama Buddha dan Kristian, India beragama Hindu.

RUMUSAN

          Kesimpulannya, pembentukan masyarakat majmuk di Tanah Melayu telah membawa kesan yang besar ke atas struktur kependudukan di Tanah Melayu. Kesan ketara ialah masalah ketidakseimbangan antara kaum berlaku dalam bidang ekonomi, sosial, budaya dan politik.

         Sebagai rakyat Malysia saya berbangga dengan negara saya kerana di negara ini terdapat pelbagai kaum dan perayaan tradisi. Ianya menyebabkan keadaan negara menjadi aman dan harmoni sepanjang masa tanpa sebarang konflik yang besar. Ini kerana daripada perayaan inilah wujudnya ukhuwah dan rasa perpaduan dalam naluri dan nurani penduduk negara ini. Tegasnya negara Malaysia merupakan sebuah negara yang aman walaupun terdiri daripada pelbagai kaum yang pada tanggapan masyarakat dunia sukar dipadukan dan menyerap sebarang perbezaan baik agama , budaya , bahasa dan adat kepercayaan .



Perpaduan antara kaum di Malaysia


Kaum dan etnik yang terdapat di Malaysia




Perpaduan kaum di Malaysia

RUJUKAN

1) BUKU RUJUKAN

  • Kita kan orang Malaysia
























2) KERATAN AKHBAR

  • Utusan Malaysia (Isnin, 13 Mei 2012)
  • Utusan Malaysia (Jumaat, 17 Januari 2014)